Arini tiba2 rasa nak try resepi muffin yang telah dicopy dari blog atieaizam.blogspot.com iaitu Blueberry Muffin..(resepi asal dari http://izahdaut.blogspot.com/)
W/bgaimanapun, aku dah ubahsuai resepi ni sbb xde blueberry filling kat umah..
Tambahan pulak,aku sbnarnye masih dlm proses mencuba pelbagai resepi muffin utk dapatkan hasil yg terbaik..
Dan hasilnye.....MEMANG TERBAIK la..Muffin yg terhasil gebu & lembut sgt..mmg puas hati..
Resepi asal Muffin Blueberry ni klu korang nak refer,cari la kat blog di atas tu ye..
Ini resepi MUFFIN yg aku dah ubah suai sikit:-
Bahan-bahannya:
125 gm mentega
1 1/2 cwn gula kastor
4 biji telur
1 sk vanilla essence
3 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
1/2 sk garam
1 cawan buttermilk
*Buttermilk: 1 cwn susu segar + 1 sb oren sanquik. Bancuhkan keduanyaa dan biar beberapa minit hingga menjadi pekat.
Cara Membuatnya:
• Pukul butter dan gula sehingga kembang.
• Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
• Kemudian masukkan pula vanila esen dan pukul lagi sebati.
• Tepung diayak bersama baking powder dan garam.
• Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
• Tepung dimasukkan berselang2 dengan buttermilk.
• Gunakan cara kaup balik semasa proses mengaulkan tepung dlm adunan butter. Bukan pukul dengan mixer ye.
• Bila semua bahan sudah sebati, bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Bah.A ditambah emulco coklat, Bah. B tak perlu tambah ape2 (asli). Diingatkan jangan overmix adunan tadi.
• Aku isikan adunan muffin ni ke dlm piping bag, so senang nak tuang dlm mangkuk muffin. Isikan adunan sepenuh 3/4 cup.
• Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit. (ikut oven masing2)
Ni adunan yg telah dimasukkan ke dlm paper cup..
Taraaa......Hasilnya stlah dibakar slma 20 minit..
Siap utk dimakan..
SELAMAT MENCUBA!!!!
*THANKS A LOT TO atieaizam.blogspot.com & http://izahdaut.blogspot.com/ YG SUDI KONGSI RESEPI NI..*




No comments:
Post a Comment